Tips ini mungkin ramai yang dah tau dan amalkan tapi yan masih lagi nak kongsikan bersama anda semua (mungkin ada yang tak tahukan?hehe ).
Tips ini diamalkan oleh mak mertua yan sendiri (thanks to mak kerana share tips nie) sejak dari zaman anak dara sampailah sekarang. Kesannya?memang nampak muda, kulit pun tegang dan segar. Bahan-bahan pun natural dan free.. so kepada yang baru tahu.. selamat mencuba!
cara-caranya...
i. dapatkan pucuk jambu batu yang baru nak berputik tu (4-5 pucuk) di pokok jambu berdekatan.
ii. letakkan di tapak tangan (campur air sikit je)
iii. gosokkan pucuk jambu sehingga hancur dan gosokkan pada muka selama 3 minit atau mengikut keselesaan anda!
iv. cuci muka anda..tada selesai.
elok diamalkan setiap hari untuk kesan yang lebih baik!
yanhassan