Saturday, September 21, 2013

RakanNiaga yanhassanmakeover

'Kepakaran saya ialah menaikkan seri wajah anda melalui teknik solekan terkini dengan hanya menggunakanproduk berkualiti walau dimana jua anda berada.

Kelebihan yanhassanmakeover: [+] pakej perkahwinan. [+] pakej fotografi. [+] tempahan kad jemputan, bunting, banner dll. [+] pakej katering.

::Jemputan sebagai rakanniaga yanhassanmakeover::Hantar SMS di bawah kepada saya (0196038655/0197701983) Cth. Slm, saya Ayu. Sila hubungi. nama rakan yang berminat. no telefon. kawasan. p/s::Komisyen bergantung kepada pakej yang dilanggan.

Monday, September 16, 2013

Fotografi Studio

Salam sejahtera sahabat pembaca yang dirahmati, Harapan Yan semuanya sihat dalam lindungan Allah S.W.T. Kali ini Yan ingin berkongsikan dengan sahabat pembaca mengenai fotografi studio. Baru-baru ini Yan dan Mahligai Bridal telah bekerjasama dalam sesi fotoshot di studio mereka yang terletak di Kota Warisan. Alhamdulillah, Yan telah berjaya make up 4 orang model dengan benerapa jenis make up (Gambar akan di post kemudian). 

Tujuan fotografi studio tersebut adalah untuk persediaan Yan untuk buat photobook bagi memudahkan sahabat yang nak dapatkan contoh hasil kerja Yan sebelum memilih perkhidmatan yang dikehendaki. 

Insya Allah Yan dah ada lebih dari 300 gambar-gambar terbaik untuk dikongsikan bersama sahabat pembaca sedikit masa lagi. Terima kasih kepada jurufoto professional iaitu Fauzi atas kerjasama yang sangat baik dalam menghasilkan foto-foto yang cantik. Sesuailah dengan hasil kerja beliau yang juga telah merakam gambar beberapa artis nasyid untuk tujuan cover album. 

Bagi sahabat pembaca yang ingin merakamkan gambar di studio pada kadar yang berpatutan hubungi Yan untuk maklumat lanjut. Insha allah Yan bantu. Sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi! 

yanhassan

Friday, May 24, 2013

Makeover Tak Semesti Cukur Kening

"Jangan cukur kening ye" itulah pesanan suami pengantin perempuan yang selalu diberikan kepada Mak Andam semasa make up. Pesanan seperti itu adalah berniat baik supaya ''tidak mengubah'' apa-apa ciptaan yang Allah telah ditentukan kepada setiap orang. Hukumnya berdosa dan haram kita mengubah ciptaan Allah. Alhamdulillah, setelah berguru dengan pakar dalam bidang make up tidak perlu untuk cukur kening untuk dapatkan bentuk kening yang menarik, ada teknik-tekniknya sebenarnya. 
Sebelum
 Begitulah kalau kita belajar dan terus belajar, pasti akan bertambah ilmu. Alhamdulillah. baru-baru ini Yan telah berguru dengan seorang pakar make up dan banyak ilmu-ilmu baru yang dipelajari. 

Selepas

Teknik-teknik make up yang terkini, jenis-jenis make up terbaru juga Yan belajar untuk tambahkan lagi ilmu untuk menjadi pakar make up artis.  Yan sertakanbeberapa keping gambar hasil make up yang dipelajari untuk perkongsian bersama. Terima kasih kepada Ruby pakar make up yang mengajar Yan. 
Selepas



Ada keinginan nak belajar make up? jangan risau Yan boleh bantu kenalkan anda dengan Ruby.
Untuk mendapatkan perkhidmatan make up boleh hubungi Yan di talian 019-6038655 (Putrajaya).

Saturday, April 6, 2013

Kerjasama MAHLIGAI BRIDAL HOUSE, siapa cepat dia dapat!

Tahniah! anda telah berjaya menjadi antara yang terawal membaca tawaran ini. Bakal pengantin yang MEMILIH mana-mana pakej MAHLIGAI BRIDAL HOUSE di atas, akan LAYAK mendapat 1 Make Up PERCUMA dari yanhassan makeover bagi sesi FOTOGRAFI semasa majlis raja sehari anda.
Dapatkan tawaran terbaru di fb: NorAzian Hassan
Maklumat tempahan, sila hubungi yanhassan makeover sekarang! 
Tel: 0197701983/0196038655 

Tuesday, January 22, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Masih belum terlambat untuk Yan ucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua sahabat pembaca. Bila masuk tahun baru, pasti kita semua akan tetapkan azam baru untuk dicapai. Semoga azam tahun baru 2013 sahabat-sahabat semua akan tercapai Yan doakan. Alhamdulillah, awal tahun baru ini Yan dah dapat tempahan pertama dari seorang rakan ofis suami. Kali ini tempahan adalah Sirih Junjung.Gubahan kali ini adalah yang pertama bagi tahun 2013 dan kalau ada sahabat-sahabat yang nak tempah dengan Yan samada  hantaran atau apa-apa sahaja untuk majlis pertunangan atau perkahwinan Insha Allah Yan akan bantu sedaya upaya, lagi pun kita ada 'networking' yang sudi bantu bila-bila masa. Khidmat nasihat pun percuma! oklah Yan sertakan hasil kerja pertama 2013 iaitu Sirih Junjung untuk sahabat semua.

yanhassan