Masih belum terlambat untuk Yan ucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua sahabat pembaca. Bila masuk tahun baru, pasti kita semua akan tetapkan azam baru untuk dicapai. Semoga azam tahun baru 2013 sahabat-sahabat semua akan tercapai Yan doakan. Alhamdulillah, awal tahun baru ini Yan dah dapat tempahan pertama dari seorang rakan ofis suami. Kali ini tempahan adalah Sirih Junjung.Gubahan kali ini adalah yang pertama bagi tahun 2013 dan kalau ada sahabat-sahabat yang nak tempah dengan Yan samada hantaran atau apa-apa sahaja untuk majlis pertunangan atau perkahwinan Insha Allah Yan akan bantu sedaya upaya, lagi pun kita ada 'networking' yang sudi bantu bila-bila masa. Khidmat nasihat pun percuma! oklah Yan sertakan hasil kerja pertama 2013 iaitu Sirih Junjung untuk sahabat semua.
yanhassan