Sunday, June 14, 2015

Rahsia kembangkan bisnes cara mudah cara percuma (bernilai RM10,000)

Bisnes kita sebenarnya bermula dari mulut. Ini ilmu yang diajar oleh upline masa Yan buat bisnes Direct Selling dulu-dulu. Berniaga jualan langsung tidak perlukan kedai fizikal, hanya bermodalkan air liur sahaja (kereta besar dan gambar cek income juga wajib sebenarnya.hehe). Jadi kalau bersembang dengan kawan-kawan, kita digalakkan tukar topik sembang kosong kepada sembang bisnes.
Pertama kita mahu beritahu rakan kita yang kita berniaga sesuatu, yang lainnya jika mereka berminat kita akan ceritakan kelebihan produk dan sistem perniagaan. Dari situlah perniagaan akan berkembang.
Belajar ilmu baru, hias kek

Makanya bila kita ada bisnes janganlah kita malu-malu untuk cerita kan kepada kawan-kawan, dan kita mesti bersedia untuk mendapat feedback yang bercampur-campur.daripada mereka kerana ada yang akan menyokong dan ada yang akan negatif dengan perniagaan kita.
Sampai sekarang Yan masih amalkan ilmu tersebut, bila jumpa kawan-kawan Yan akan beritahu mereka bisnes yang Yan sedang buat, kadang-kadang secara tak sengaja sebenarnya kawan-kawan kita memang tengah cari produk atau perkhidmatan itu tapi tak tahu dari mana nak dapatkannya.
Syukur, berjaya!

Jadi kepada rakan-rakan yang rajin mengikuti blog Yan, kalau anda seorang ahli perniagaan jangan malu-malu untuk kongsikan apa produk atau perkhidmatan yang anda sediakan, sebab kalau tak buka mulut siapa nak tahu kan?
Kalau ada contoh produk lebih meyakinkan pelanggan untuk berurusan dengan kita

Semoga kita semua berjaya dalam bidang masing-masing bila berkongsi manafaat ilmu ini.

Ikhlas,
Yanhassan

Friday, April 10, 2015

Make Up Atas Kepercayaan?

Selamat pengantin baru kepada pasangan Afiq dan Nadia yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Apr 2015. 

Walaupun Nadia tak pernah tengok hasil kerja Yan, namun keyakinan yang diberikan dibalas dengan hasil kerja terbaik.
Semoga Afiq dan Nadia berbahagia kekal hingga ke anak cucu

Pasangan pengantin ini pernah belajar di satu sekolah yang sama dulu. Masa belajar mereka tak mengenali satu sama lain pun. Tapi kalau dah jodoh memang takkan me mana kan?:)

Sama cantik, sama padan ibarat pinang dibelah dua

Pasangan pengantin Afiq dan Nadia ini memang sporting dan tak kekok bergambar di depan kamera. Senang kerja photografer yang bertugas. 

Ok, sekadar itu sahaja coretan Yan kali ini, nantikan update terbaru dari Yan. Untuk bakal pengantin yang mencari khidmat juru makeup sekitar Ipoh atau sekitarnya (Perak) boleh hubungi Yan ditalian 0196038655 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, February 4, 2015

Busana Muslimah 2015

Tahun 2014 dan tahun ini ramai artis yang berhijrah dari segi penampilan. Kalau sebelum ini tidak menutup aurat, sekarang sudah mula berpakaian sopan.


Paling seronok mereka juga dah pun mula memakai tudung supaya penampilan sopan lebih lengkap Dan menutup aurat seperti yang disarankan agama.
Anda bagaimana? Anda juga boleh berubah seperti mereka jika ada kemahuan. Berubahlah ke arah kebaikan. Hidup pasti lebih tenang inshaAllah.


Ingin tahu di mana boleh kita dapatkan busana muslimah 2015 yang cantik, berkualiti dan menawarkan harga berpatutan?nantikan dalam coretan akan datang.

Salam mesra,

Yanhassan

Monday, October 20, 2014

4 tips percuma: idea untuk sibapa luangkan masa dengan anak-anak

Berkawan dengan anak-anak adalah antara perkara yang penting diberikan perhatian oleh ibu bapa. 

Selain daripada menyediakan makan minum, pakaian, penjagaan kesihatan dan memberikan pelajaran dengan menghantar anak ke sekolah, satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian adalah meluangkan masa untuk bersama-sama mereka. 

Bagi ibu yang tidak bekerja (surirumah), meluangkan masa dengan anak-anak bukan satu masalah besar kerana ibulah yang paling banyak meluangkan masa bersama dengan mereka, selalunya bapalah yang 'lebih' perlu meluangkan masa bersama-sama anak-anak kerana kesibukan mencari rezeki untuk keluarga.

Di sini saya kongsikan antara cara santai yang boleh diikuti seorang bapa untuk meluangkan masa dengan anak-anak:-

i) Sertai anak bermain.
Anak-anak sangat perlukan kawan bermain. Sertai anak anda yang sedang bermain lego, kereta permainan, anak patung atau apa sahaja permainan mereka. Anak-anak pasti teruja dan berasa seronok kerana telah mendapat kawan bermain walaupun hanya seketika. Tetapi ini perlu diamalkan selalu supaya ia tidak kelihatan sekadar mengambil hati anak pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Luangkan masa bawa anak-anak bermain dengan alam semulajadi. Anak-anak juga sukakan ekplorasi.

ii) Bacakan anak-anak buku cerita.
Cuba lihat kecenderungan anak-anak terhadap jenis buku yang mereka suka. Ini perlu dimulakan dengan membeli dahulu buku-buku yang diminta anak-anak semasa ke kedai, namun agak sukar untuk diamalkan kalau kita jarang belikan anak-anak buku yang mereka gemari bila diminta. Anggaplah amalan membeli buku itu sebagai pelaburan demi masa depan anak-anak kita.

iii)Mengajar anak mengaji.
Ini memang sukar untuk dimulakan. Tetapi kalau dapat dimulakan dan diamalkan selepas solat ia akan memudahkan untuk mengawal anak-anak dari asyik menonton televisyen terutamanya pada waktu maghrib. Ini kerana, kalau diperhatikan, rancangan kartun kegemaran kanak-kanak sememangnya disiarkan pada waktu tersebut. Selain itu, kita juga dapat mengetahui tahap penguasaan anak-anak terhadap bacaan Iqra' atau Al Quran semasa di sekolah.

*Ajari anak mengaji dengan cara menyeronokkan adalah cara santai untuk dekati anak.

iv)Tidurkan anak-anak.
Ini antara yang saya selalu sarankan untuk seorang bapa (terutamanya suami saya). Untuk tips ini pastikan anak-anak masuk tidur awal. Lebih awal mereka tidur, lebih mudah untuk mereka bangun pagi kerana mendapat rehat yang cukup. Sebelum anak-anak tidur, sarankan mereka gosok gigi dan cuci kaki. Bapa juga digalakkan berbicara/beri nasihat kepada anak-anak semasa mereka telah berada ditempat tidur. Gosok kepala anak-anak dan bacakan surah pendek sambil meminta mereka hafalkan perlahan-lahan. Baca doa tidur bersama-sama supaya mereka dapat tidur dengan tenang.

**Bacakan surah pendek doa tidur untuk anak
Itulah yang saya dapat kongsikan cara yang kami (terutamanya suami) amalkan untuk lebih mendekati anak-anak. Semoga perkongsian di atas bermanafaat untuk semua ibubapa di luar sana.

Jumpa lagi,

yanhassan

Kredit foto*  : googleimage

Wednesday, June 18, 2014

Solekan Dan Fotografi

Solekan dan fotografi tak dapat dipisahkan. Solekan tanpa fotografi maka tiadalah kenangan untuk dirakam. Jom kita semak apa yang perlu sebelum sesi fotografi.
Tips sebelum memulakan sesi fotografi (panduan):
i) Semak ramalan cuaca lokasi fotografi diadakan terutamanya jika fotografi outdoor, kalau hujan sediakan plan B.
Sediakan payung sebelum hujan (Plan B)
ii) Pastikan baju dan aksesori lengkap serta telah dicuba sebelum sesi fotografi. Elakkan mempercayai 'tailor' 100%, kerap berlaku kejadian baju ' besar' @ tak muat akibat tidak mencuba dulu baju yg ditempah.
iii) Bawa air minuman secukupnya, sesi fotografi selalunya mengambil masa yang panjang jika mengambil pakej termasuk videografi kerana perlu ada 'jalan cerita' dulu sebelum shoot. 
Gaya memerlukan kreativiti
iv) Fahami selok belok lokasi fotografi supaya anda tidak terlepas kawasan menarik sebaik sahaja selesai sesi fotografi. Menyesal kemudian tiada berguna.
v) Akhir sekali, pastikan pasangan anda benar-benar bersedia 100% untuk berposing gaya-gaya santai yang lebih semulajadi untuk mendapat hasil yang lebih baik.
Mesti sporting berposing. gambar lebih cantik.

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan setakat ini. Semoga bermanafaat untuk semua.Jumpa lagi!

yanhassan


Monday, June 16, 2014

Yanhassan MakeUp-M.A.C

Pantang ada peluang, mesti nak make up orang. Itulah kebiasaan Yan bila balik kampung atau berkumpul dengan sanak saudara.
Disamping dapat mencantikkan 'model-model' sukarela yang memang suka disolek, Yan dapat meningkatkan lagi kemahiran dengan mencuba teknik-teknik baru yang dipelajari melalui buku atau YouTube.

MakeUp @ Pendang, Kedah
MakeUp @ Tanjong Malim
Gambar-gambar di atas Yan snap guna handphone saja. Kalau kualiti gambar kurang memuaskan harap maaf ya.
Jika anda memerlukan khidmat makeup, Yan sedia membantu dan berikan yang terbaik untuk anda. Hubungi Yan di talian 019-603 8655.

Jumpa lagi ;)

yanhassan

Sunday, January 5, 2014

Yanhassanmakeover Kini di Ipoh

Salam kepada sahabat yang dirahmati, Selamat tahun baru 2014! Untuk pengetahuan sahabat semua, kini yanhassanmakeover telah berpindah ke Ipoh Perak. Oleh yang demikian sahabat yang berada di Perak kini lebih dekat dan mudah untuk mendapatkan perkhidmatan makeup dari yan. 

Alhamdulillah, bulan Disember 2013 yang lepas yanhassanmakeover telah mendapat 2 tempahan makeup dari sahabat di Sauk dan Kuala Kangsar. Insha Allah tahun 2014 ini yan bersedia untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada sahabat-sahabat yang memerlukan khidmat solekan bagi sebarang majlis yang sahabat hadiri terutamanya majlis-majlis istimewa seperti pernikahan, bersanding, makan malam, peragaan pentas dan lain-lain. 

Akhir kata terima kasih di atas sokongan sahabat semua dan kepercayaan yang diberikan kepada yanhassanmakeover. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai makeup melalui yanhassanmakeover sila hubungi 0196038655.